Hj
Samuri & Anak-anak Enterprise Sdn Bhd adalah sebuah syarikat
perkongsian yang didaftarkan pada tahun 2000. Syarikat yang mulanya
beroperasi dengan menjual sate secara kecil-kecilan sejak tahun 1992,
kini telah berkembang menjadi sebuah syarikat korporat yang boleh
dikategorikan sebagai peneraju dalam bidang perniagaan sate secara
komersial. Kini Sate Kajang Hj Samuri mempunyai 20 buah rantaian
cawangan yang beroperasi sekitar Kajang, Lembah Klang, Putrajaya dan
beberapa cawangan di Negeri Sembilan. Sate Kajang Hj Samuri juga
merupakan pembekal sate utama kepada beberapa rangkaian hotel dan kafe
terkemuka di Kuala Lumpur.
Selain mempunyai pekerja lebih
dari 500 orang pekerja, GMP (Good Manufacturing Practice) ataupun Amalan
Pengilangan Baik dan pensijilan Halal akan menjanjikan pasaran yang
lebih meluas melangkaui sempadan antarabangsa. Dengan perancangan yang
teliti dan peningkatan prestasi yang berterusan, syarikat ini sedang
mengorak langkah untuk memperluaskan lagi empayar perniagaannya.
Pengiktirafan yang diterima
dari pihak kerajaan mahupun badan swasta telah menjadi sumber inspirasi
kepada syarikat ini untuk terus maju. Selain itu, keprihatinan syarikat
dalam memperkenalkan sate yang sinonim makanan tradisional masyarakat
Malaysia ke serata dunia juga menjadi peransang untuk menjadi lebih
berdaya saing dalam menempuh dunia perniagaan yang semakin mencabar.
Misi
Menjadi Peneraju Makanan Tradisional Melayu Malaysia di Mata Dunia.
Visi
Di Sate Kajang Hj. Samuri, kepuasan pelanggan adalah keutamaan kami.
Keperluan pelanggan menjadi inspirasi kami. Kualiti Produk,
perkhidmatan, kepakaran, kemahiran dan kakitangan yang berdedikasi
memainkan peranan penting dalam menjadikan kami peneraju utama dan
antara yang terbaik dalam industri makanan.
Sate Kajang Hj. Samuri
merupakan simbol “Untuk Rasa Sate Kajang Yang Sebenar”. Ianya bukan
sekadar RASA sebaliknya melambangkan profesionalisme dalam
memperkenalkan Makanan Tradisional Melayu Malaysia ke mata dunia….
created with
WordPress Website Builder .